Rabu, 13 Januari 2010

Kata-Kata Aluan Guru Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sekalung tahniah dan syabas saya ucapakan kerana Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan(LKTP) Tersang 3, Raub dapat diadakan. Saya berharap dengan adanya blog ini dapat memberi info yang berguna kepada guru, staf sokongan dan komuniti setempat.

Ini juga selaras dengan seruan kerajaan ingin menaik taraf penggunaan ICT di sekolah khususnya sekolah di luar bandar. Ia juga menjadi titik permulaan untuk mencipta sesuatu yang lebih canggih dan baik daripada ini.

Akhir kata saya amat yakin dan percaya,dengan usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua khususnya untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru.


Sekian Terima Kasih



En. Zakaria bin Haji Siman
Guru Besar
SK(LKTP)TERSANG 3, RAUB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan